Rabu, 12 Februari 2014
Disebalik Jakarta – Korupsi Jejaskan Prestasi

MALAP. Itulah kata-kata yang dapat diungkapkan oleh seorang lelaki penduduk di Jakarta sendiri.
Wardiyanto, seorang peniaga berusia yang kerap dapat dilihat di sekitar kawasan Tanah Abang, antara tempat membeli belah yang terkenal di ibu negara tersohor Indonesia itu, menghabiskan sisa-sisa hidupnya yang dianggap tiada masa hadapan lagi.
Wardiyanto telah berkahwin dah mempunyai dua orang anak, Herman dan juga Sisila, namun ibu mereka telah meninggalkan anak-anak muda Wardiyanto ketika mereka masih kecil.
Tidak cukup dengan kesusahan itu, Wardiyanto harus membesarkan kedua-dua anaknya dengan hanya wang pendapatan yang tidak seberapa itu bagi meneruskan hidup di kota yang sibuk dan penuh sesak itu.
“Ini tempatku dan disinilah tempat aku akan menghabiskan sisa hidupku.”
Kata Wardiyanto kepada penulis ketika ditanya adakah dia akan meninggalkan Jakarta suatu masa nanti.
Jelas terpancar di wajahnya bahawa beliau masih masih sayangkan negaranya itu walaupun Indonesia telah mencatatkan rekod jenayah rasuah tertinggi di asia.
Wardiyanto juga tahu dan sedar, bahawa kedua anaknya akan menjadi sepertinya kerana Indonesia masih ditakuk yang lama apabila dilontarkan pelbagai soalan tentang rasuah di negara tersebut dan ia seperti tin kosong yang lebih kuat bunyinya.
Ini kerana kerajaan Indonesia sendiri yang meneruskan omong kosong mereka.
Buktinya, negara tersebut tetap dan masih negara nombor satu yang menghamba abdikan diri kepada rasuah. Wardiyanto juga menceritakan tentang kisah-kisah pemimpin Indonesia terdahulu akan tindakan mereka mengenai gejala yang sukar dibendung itu.
Hasilnya, pemimpin Soeharto yang berdekad lamanya mengetuai Indonesia diketahui telah merasuah hampir 15 hingga 30 billion dolar amerika.
Satu angka yang sangat besar dan telah membawa pemimpin tersebut jatuh pada nombor satu pemimpin yang mempunyai nilai rasuah paling besar didunia.
Menurut Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad didalam bukunya yang berjudul Doktor Umum, beliau mengatakan “Ada beberapa faktor yang boleh menjatuhkan prestasi sesebuah negara. Antaranya dan yang paling wajar dihindari adalah rasuah.”
Jelas disini kita dapat melihat kesan rasuah terhadap sebuah negara.
Tidak kira nilai rasuahnya besar ataupun tidak namun gejala itu sendiri haruslah dibendung.
Rasuah berleluasa kerana ianya dilakukan secara rahsia dan selalunya tidak melibatkan ramai pihak.
Rasuah merupakan jenayah atau juga boleh dikategorikan sebagai kesalahan undang-undang berat dimana sesebuah pihak mendapat keistimewaan daripada syarikat ataupun orang selepas memberikan sesuatu contohnya wang tunai,hadiah, ataupun harta benda daripada pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), terdapat kesalahan rasuah yang boleh disabitkan kesalahan dan dibawa ke mahkhamah iaitu meminta/menerima rasuah, menawar/memberi rasuah, membuat tuntutan palsu dan juga menyalahgunakan jawatan serta kedudukan.
Namun harus diakui bahawa gejala rasuah ini boleh berlaku dimana-mana sahaja di setiap negara.
Namun harus diakui bahawa gejala rasuah ini boleh berlaku dimana-mana sahaja di setiap negara.
Dan masalah di Indonesia pula lain ceritanya. Menurut Wardiyanto sendiri, gejala merasuah itu pula dianggap seperti perkara biasa.
Rasuah di Indonesia boleh dikatakan berlaku hampir dimana-mana. Ramai yang tidak perasan kesan merasuah ini sebenarnya akan berlaku pada peringkat jangka masa lama.
Bagi yang mengamalkan rasuah, kesannya bukan pada waktu sekarang, tapi pada waktu dan generasi akan datang.
Kesan pemimpin yang lalu itu, kini hidup Wardiyanto tidak terurus dan terumbang ambing dari segi pendapatan bulanannya.
Kesan pemimpin yang lalu itu, kini hidup Wardiyanto tidak terurus dan terumbang ambing dari segi pendapatan bulanannya.
Dengan kos sara hidup yang semakin meninggi di Jakarta, kedua anak Wardiyanto telah mengambil keputusan untuk tidak lagi belajar dan kini mereka bermain alat muzik dan meminta sedekah di sekitar jalan di Jakarta.
“Kami akan bermain gitar dari pukul lapan pagi hingga tujuh petang dan selalunya kami akan bermain alat tersebut bersebelahan pemandu kereta ketika mereka berada di trafik lampu merah.” Kata Herman.
Herman selalunya membenarkan adik perempuannya Sisila untuk berehat di bawah jambatan jalanraya kerana kesihatan adik perempuannya yang tidak menentu itu.
Jika dilihat kedua beradik ini mencari nafkah sendiri bagi meringankan beban bapa mereka,pasti perasaan sebak muncul dari sudut genap hati kita.
Penulis hamper menitiskan air mata ketika melihat anak-anak ini berpanas meminta sedekah atas belas ehsan warga Jakarta yang lain.
Apa yang lebih menyedihkan, ramai lagi kelihatan kanak-kanak sebaya mereka yang sudah bekerja pada usia yang cukup muda dan hidup di jalanan Jakarta.
Kota yang sudah dianggap gagal oleh penduduk dunia itu kini hanya mampu berkata-kata dan masih tiada perubahan dapat dilihat dalam tahun yang lepas.
Keluarga Wardiyanto telah hidup susah akibat daripada korupsi yang berlaku di pejabatnya dahulu.
Korupsi yang berlaku daripada sikap tamak majikannya telah menggadaikan pekerjaan Wardiyanto yang kini hanya mampu menerima nasib sama seperti rakannya yang lain.
Wardiyanto kini telah meniaga kain di daerah Tanah Abang selama 14 tahun dan merancang untuk meneruskan perniagaankecilannya itu sehinggalah beliau tidak mempunyai kudrat lagi untuk melangkah keluar dari rumah usangnya.
Menurut anak sulungnya Herman,remaja tersebut akan berusaha untuk bermain alat muzik sehingga berada di tahap tinggi setaraf pemusik jalanan yang lain.
Menurut Herman, jika kalian berkesempatan untuk berjalan kaki di sekitar Jakarta, kalian berpeluang untuk menyaksikan sendiri ekspresi penduduk Jakarta dengan seni lukisan dinding atau lebih dikenali sebagai Graffitti iaitu lukisan dinding yang dilukis menggunakan cat penyembur.
Ianya dilukis di setiap dinding batu yang selalunya boleh didapati di bawah jambatan jalan raya dan kehadiran lukisan itu pastinya dapat menyampaikan mesej yang terkandung didalamnya.
Jika sekali pandang, ianya dapat menarik perhatian orang ramai dengan penggunaan warna-warna cat yang terang namun jika dilihat dengan lebih dalam, pelbagai maksud dibawa bersama karikatur serta symbol-simbol yang dilukis di atas permukaan dinding tersebut.
Mesej yang dibawa selalunya berunsur negatif terhadap kerajaan yang memimpin mereka dan menentang ideologi kerajaan.
Berikutan adalah antara kesan daripada gejala rasuah yang sudah hampir tidak pasti masa depannya di negara yang sudah 68 tahun menyambut kemerdekaannya itu.
Berikutan adalah antara kesan daripada gejala rasuah yang sudah hampir tidak pasti masa depannya di negara yang sudah 68 tahun menyambut kemerdekaannya itu.
Syukur kehadrat ilahi bahawa kerajaan Malaysia telah mengambil langkah-langkah yang bertanggungjawab bagi menghindari perkara sebegini berlaku di negara ini dan tindakan sebegini wajar diberikan kredit terhadap kerajaan pusat yang mengambil berat terhadap penduduk di negara Malaysia yang tercinta.
Oleh: Ameen Azizul
Kredit: Jurnalis Shah Alam
Kredit: Jurnalis Shah Alam
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar